Wednesday, 17 September 2014

Bolehkah saya mati berhutang jika saya seorang muslim?

Berhubung dengan soalan diatas, pernahkah anda tefikir apakah akibatnya jika seseorang muslim mati berhutang? Adakah hutang wajib dibayar tidak kira apa saja yang berlaku kepada diri anda?

Cuba kita tinjau sekali lagi tentang keadaan di negara kita terutama golongan graduan. Seperti yang kita semua sedia maklum, lebih daripada 95% graduan yang memasuki institusi pengajian tinggi adalah melalui pinjaman PTPTN. Ini juga bermaksud bahawa graduan akan tamat pengajian dengan hutang yang banyak. 
Pada pandangan anda, berapakah hutang PTPTN yang dimiliki oleh seorang graduan? 

Bagi yang belajar sampai ijazah, hutang PTPTN mungkin mencecah RM50,000. Bagaimana dengan mereka yang belajar sampai Master atau PHD? Jika anda mempunyai hutang ini, adakah hutang ini wajib dijelaskan tidak kira apa sahaja yang berlaku kepada diri anda?

Selepas mula bekerja, graduan pula menambah hutang mereka dengan mengambil pinjaman kereta untuk membeli kereta. Akibatnya, hutang PTPTN dan hutang pinjaman kereta boleh mencecah RM100,000.
Cuba kita kaji keadaan berikut:

Hutang PTPTN    = RM50,000
Hutang kereta      = RM50,000
Jumlah                 = RM100,000

Jika anda seorang graduan dengan hutang begini, pernahkan anda fikir apa akan terjadi kepada hutang anda sekiranya sesuatu musibah seperti KEMATIAN atau KECACATAN KEKAL berlaku kepada anda?
Tanpa sebarang perancangan yang teliti, kesan yang anda akan tinggalkan kepada keluarga atau ibubapa anda adalah amat serius sekali. 

Anda akan tinggalkan :

1) Hutang yang banyak yang harus dijelaskan oleh ibubapa anda yang mungkin sudah bersara. Bukankah itu satu beban yang amat berat untuk ibubapa anda? Sebagai seorang yang bertanggungjawap, mahukan anda keadaan ini berlaku kepada keluarga anda.

2) Anda akan tergolong dalam kategori orang yang mati berhutang. Jika anda seorang MUSLIM, mati berhutang bermaksud bahawa ROH anda akan tergantung diantara BUMI dan LANGIT. Bukan ini satu perkara yang semestinya anda elakan?



Walau bagaimanpun, ramai graduan yang mempunyai hutang yang begitu banyak tidak langsung mengambil berat tentang perkara ini. Mereka percaya bahawa tiada apa-apa yang berlaku kepada diri mereka. Anda harus ingat bahawa:

KEMATIAN adalah dibawah kuasa TUHAN, dan malaikat maut boleh menjemput bila-bila masa sahaja.

Buatlah perancangan serta-merta dengan menubuhkan tabung perlindungan hutang melalui POLISI TAKAFUL. Jalankan kewajipan anda sebagai seorang anak dan seorang muslim.


Sekian terima kasih.




Friday, 22 August 2014

Saya sudah ada kad perubatan, mengapa saya perlu ambil kad perubatan lagi?

Ramai pemegang polisi selalu menanyakan mengapa mereka harus ambil kad perubatan baru sedangkan mereka sudah mempunyai kad perubatan? Soalan ini memang tidak tidak difahami oleh sebilangan besar masyarakat.

Untuk makluman anda sekalian, manfaat dalam sesuatu polisi takaful memang akan berubah dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan semasa dan juga disebabkan oleh infalsi. Sekiranya seorang itu memasuki satu polisi takaful 5 atau 10 tahun yang lepas, maka memang jelas bahawa limit kad perubatan mereka memang amat kecil. Contoh limit kad perubatan yang lama yang kebiasaanya dimiliki oleh orang ramai ialah:

Bilik=100 / 150 sehari
Limit rahunan= 25,000 atau 50,000
Limit hayat    = 75,000 atau 150,000
Maksima umur samapi 70 sahaja.

Jika kita kaji mengenai limit kad peubatan ini, maka amat jelas menunjukan bahawa ia sememangnya tidak lagi mencukupi untuk menampung setengah kos rawatan untuk sesuatu penyakit tertentu. Untuk makluman anda, saya ada pengalaman membuat tuntutan kos rawatan hospital sebanyak RM 104,856 seperti yang ditunjukan oleh Gunranteed Letter berikut.


Jika kita bandingkan limit kad perubatan tahunan RM 25,000 atau 50,000, maka amat  jelas ia memang tidak mampu untuk menampung kos rawatan sebanyak RM 104,856.

Cuba bayangkan bagaimana seseorang itu mampu untuk membayar bil rawatan yang selebihnya dan seseorang itu juga terpaksa mengalami masalah kewangan yang amat serius walaupun mereka mempunyai kad perubatan. Keadaan ini berlaku akibat isu inflasi dalam sektor perubatan yang semakin hari semakin meningkat. 

Tambahan lagi, ramai yang juga salah anggap bahawa mereka tidak sepatutnya mempunyai 2 kad perubatan. Ini memang satu anggapan yang amat SALAH. Saya boleh buat penjelasan mengenai anggapan yang salah ini. Contoh:

Mr A mempunyai 2 kad perubatan
kad perubatan 1 , limit tahunan=25,000 , tahun masuk 1998
kad perubatan 2, limit tahunan = 90,000, tahun masuk 2002

Mr A masuk wad akibat kemalangan dan bil rawatan ialah RM50,000, jadi kad perubatan 1 tidak cukup untuk menanggung sepenuh bil rawatan dan masih kekurangan RM25,000. Mr A boleh membuat tuntutan RM25,000 itu dari kad perubatan 2. 

Sekiranya Mr A tidak mempunyai kad perubatan 2, maka masalah kewanagn akan wujud sekali lagi. Ini menunjukan bahawa mempunyai 2 atau lebih kad perubatan memang bukannya satu tindakan yang SALAH. Sebaliknya ia adalah satu tindakan yang BIJAK selagi seseorang itu mampu. Dari pengalaman saya, ramai yang tidak menambah limit  kad perubatan kerana mereka merasai ia tidak perlu dan membazir.

Saya berharap dengan penjelasan saya, anda sekalian boleh memahami kepentingan menambah had limit kad perubatan anda dari semasa ke semasa mengikut kemampuan anda. Ingat! inflasi akan berlaku beterusan dan bil rawatan hospital akan terus meningkat.








Thursday, 21 August 2014

Saya masih bujang, adakah saya perlu masuk polisi takaful?

Berkenaan dengan soalan diatas, ramai yang sering bertanyakan samada mereka perlu masuk polisi takaful kerana mereka masih bujang dan muda? Jawapannya tetap YA.

Kenapa saya demikian? Mari kita kaji bersama sebab-sebab utama orang muda harus masuk polisi takaful walaupun mereka masih muda atau bujang.
Biar kita mula dengan golongan graduan terdahulu. Seperti yang kita sedia maklum, hampir 100% graduan tamat pengajian dengan hutang PTPTN yang berpuluh puluh ribu. Bukan sekakat ini sahaja, sebaik sahaja mereka mula bekerja, mereka sudah ingin memiliki kereta sendiri dan ramai graduan yang ambil skim pinjaman kereta khas untuk graduan yang tidak memerlukan mereka membayar sebarang bayaran pendahuluan. Ini bermaksud mereka mengambil pinjaman kereta 100%.

Akibatnya, hutang graduan bertambah lagi hingga ke angka yang mungkin mencecah 100k. Dengan usia yang begitu muda, graduan sudah mula hidup dengan berhutang. Soalnya ialah kematian tetap akan berlaku dan ia adalah diatas kuasa Tuhan. Sekiranya malaikat maut menjemput, golongan graduan-graduan ini akan tinggalkan hutang yang begitu banyak kepada ibubapa mereka, bukankah ini satu beban yang amat-amat berat untuk ibubapa mereka yang sudah tua dan mungkin sudah bersara.

Selain daripada ini, memang difahamkan masalah kesihatan tidak lagi mengira umur dan ramai orang muda yang dijangkiti penyakit kritikal masa kini. Bayangkan bagaimana graduan ini mampu menanggung kos rawatan yang begitu tinggi? Adakah mereka sekali lagi ingin membebankan ibubapa mereka? Jelas sekali graduan harus bertanggungjawap terhadap diri sendiri dan tidak sepatutnya lagi membebankan ibubapa mereka yang sudah tua.

Tambahan lagi, ramai golongan remaja memilih untuk berumahtangga dan mempunyai anak pada usia yang amat muda. Ini sememangnya satu tanggungjawap yang amat-amat berat terhadap keluarga mereka. Setiap orang yang berumahtangga harus memastikan keluarga mereka tidak mengalami krisis kewangan yang serious sekiranya sesuatu musibah berlaku seperti kematian. kecacatan kekal atau masalah kesihatan yang tenat.

Sebab-sebab diatas cukup jelas menunjukkan bahawa setiap golongan orang muda harus memilki satu polisi takaful yang komprehensif. Ini adalah satu komitmen, tanggungjawap dan kasih sayang terhadap ibubapa, isteri atau anak. Kasih sayang bukan setakat kata-kata sahaja dan ajaran Islam juga mengatakan bahawa tanggungjawap setiap individu yang sudah berumahtangga mesti  meninggalkan perbelanjaan sekurang-kurang satu tahun kepada keluarga mereka sekiranya malaikat maut menjemput.

Lebih-lebih lagi, setiap individu tidak harus pergi dengan hutang-hutang yang tidak diselesaikan kerana Roh mereka akan tergantung di antara bumi dan langit. Sekiranya anda seorang muslim, bukankah anda harus pastikan bahawa anda tidak tinggalkan hutang selepas pemergian anda.


Jadi, polisi takaful adalah penyelesaian terbaik untuk semua orang muda kerana polisi takaful adalah cara yang paling cepat untuk menubuhkan tabung perlindungan untuk berbagai tujuan dan objektif. Tunjukan kasih sayang anda terhadap keluarga anda ttidak kira samada anda berada disisi mereka atau setelah anda sudah meninggalkan mereka.

Jangan biarkan orang kesayangan anda( ibubapa, isteri, atau anak) menderita akibat kelalaian anda. Ambil tindakan hari, lindungilah mereka dengan polisi takaful.








Wednesday, 13 August 2014

Mengapa perlu saya buat polisi review?

Ramai yang sudah memasuki polisi takaful tidak memahami kepentingan membuat review dari semasa ke semasa. Apa yang mereka fikirkan ialah bila sudah masuk polisi takaful maka cukuplah dan tidak perlu lagi untuk mereka membuat sebarang perubahan.

Adakah seseorang harus membuat polisi review setiap dua atau tiga tahun sekali? 
Jawapannya ialah YA.

Apakah sebab utama mengapa polisi review harus dilakukan?

1) Untuk memastikan semua manfaat penting terkandung dalam satu polisi takaful.
2) Untuk memastikan perubahan dan peningkatan tabung perlindungan kerana inflasi.

Disini adalah beberapa kesedaran yang harus diambil perhatian.

1) Sekiranya anda fikir kad perubatan anda sudah mencukupi, cuba lihat satu contoh tuntutan ini.


Bil hospital ini adalah sebanyak RM104,856. Adakah kad perubatan anda mempunyai limit tahunan yang mencukupi untuk menanggung kos sebanyak ini?

2) Sekiranya anda fikir tabung penyakit kritikal anda sudah mencukupi,  cuba lihat ini.





Adakah tabung penyakit kritikal polisi takaful anda mencukupi untuk menanggung kos perubatan sebanyak ini? 

Pengalaman saya selama dua puluh tahun menunjukkan bahawa ramai yang tidak mengambil tindakan untuk meningkatkan tabung polisi takaful mereka. Ramai yang lebih rela:

1) Menukar kereta dari yang kecil kepada kereta yang besar
2) Menukar rumah dari yang kecil kepada rumah yang lebih besar
3) Menukar talipon bimbit dari yang biasa kepada smart phone
4) Menukar bag tangan dari yang biasa kepada bag yang berjenama

Nasihat saya ialah buatlah polisi review dari semasa ke semasa, hubungilah konsultan pengurusan risiko dari TKF ACADEMY NETWORK yang anda kenali hari ini.









Monday, 11 August 2014

Adakah saya perlu polisi takaful?

Soalan ini lazim ditanyakan oleh orang ramai. Sebenarnya setiap orang tidak perlu polisi takaful selagi mereka masih sihat dan mampu lagi bekerja. Sekiranya sesuatu musibah berlaku dengan tiba-tiba, apa yang seseorang itu perlu ialah duit, soalnya ialah apakah cara yang paling cepat untuk mendapat bantuan duit dalam saat-saat kecemasan. Jawapannya ialah melalui POLISI TAKAFUL

Ini adalah kerana polisi takaful adalah cara yang paling:
1) cepat
2) mudah
3) murah 
untuk menubuhkan tabung bantuan kecemasan sekiranya musibah seperti kematian, kecacatan kekal, penyakit kritikal atau kemalangan berlaku dengan tiba-tiba. 

Kajian menunjukan ramai yang akan tinggalkan HUTANG yang banyak kepada keluarga mereka sekiranya kematian berlaku dengan tiba-tiba tetapi ramai yang masih tidak sedar tentang tahap liabiliti yang mereka miliki. Liabiliti itu adalah disebabkan oleh:

1) Pinjaman yang banyak seperti pinjaman perumahan, pinjaman pendidikan, pinjaman peribadi, peinjaman kereta dan lain.
2) Hutang akibat penyalahgunaan kredit kad.   

Oleh itu, PENILAIAN ASET DAN LIABILITI adalah wajib untuk dilakukan oleh setiap individu untuk mengetahui:
1) Kedudukan kewangan
2) Tahap liabiliti
3) Tabung kecemasan dalam bentuk tunai

Penilaian ini boleh didapati secara percuma dari konsultan TKF ACADEMY NETWORK. Ia adalah percuma.  Hubungilah kami hari ini. 







Friday, 18 July 2014

Saya ada bayi yang baru lahir, patutkah saya masuk polisi perubatan untuk dia sekarang?

Untuk anak yang baru lahir, perlukah ibubapa mereka masuk polisi untuk mereka serta-merta? Jawapananya ialah pasti YA. Ramai ibubapa mungkin tidak faham atau tidak sependapat dengan saya, biar saya berkongsi dengan anda sebab utama saya berpendapat sedemikian.

Ibubapa yang baru mempunyai bayi baru lahir berkemungkinan tidak menyedari bahawa bayi yang berumur di bawah umur satu tahun amat mudah terdedah kepada jangkitan virus, astma , bronchitis dan sebagainya. Bayi mudah mendapat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru sekiranya terdedah kepada keadaan persekitaran atau cuaca yang berubah-ubah. Tambahan pula bayi yang berusia kurang dari satu tahun amat mudah terdedah kepada jangkitan virus.

Untuk kefahaman anda, bayi yang mempunyai mendapat jangkitan virus atau penyakit yang berkait dengan paru paru memerlukan kos rawatan yang beribu-ribu sekiranya dimasukan ke hospital swasta. Saya  ada pengalaman dari pelanggan saya yang pernah mengalami keadaan ini dan kos rawatan mencecah RM6,000 sekali kemasukan selama 4 hari sahaja.

Duit sebanyak RM6,000 berkemungkinan besar akan mendatangkan beban yang amat besar kepada ibubapa yang tidak berpendapatan tinggi. Tahukan anda apa kesan-kesan yang akan terjadi kepada pemohonan polisi takaful sekiranya seseorang bayi itu sudah mempunyai rekod kemasukan hospital?

Sekiranya seseorang bayi sudah mempunyai rekod kemasukan hospital seperti astma, pheumonia atau bronchitis, maka pemohonan polisi berkemungkinan besar akan mengalami satu syarat pengecualian berikut iaitu:
POLISI PERUBATAN TERSEBUT AKAN MEMPUNYAI SYARAT PENGECUALIAN TERTENTU DIMANA KAD PERUBATAN TIDAK AKAN MENANGGUNG SEGALA KOS RAWATAN YANG BERKAITAN DENGAN PARU-PARU SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.

Ini bermakna sekiranya berlaku kes-kes kemasukan hospital yang berpunca dari penyakit yang berkait dengan paru-paru, maka ibubapa terpaksa menanggung kos rawatan sendiri. Bedasarkan fakta ini, maka amat jelas menunjukan bahawa ibubapa seharusnya memohon polisi takaful yang komprehensif dengan kad perubatan 30 hari selepas bayi itu dilahirkan terutama sekali semasa bayi itu masih sihat.


Ingat! kesan menangguh pemohonan boleh mendatangkan kesan yang amat serious seperti apa yang saya terangkan tadi. Soalnya ialah sekiranya anda memohon polisi takaful untuk anak-anak anda, mahukan anda dapat satu polisi yang komprehensif yang lengkap tanpa sebarang pengecualian?
Nasihat saya ialah jangan menangguh dan ambil tindakan serta-merta hari ini.











Monday, 14 July 2014

Anak-anak saya masih kecil, perlukah saya masuk polisi perubatan untuk mereka?

Ramai ibubapa berpendapat mereka tidak perlu ambil polisi perubatan untuk anak-anak mereka kerana mereka masih kecil dan tidak perlu. Aadakah pendapat ini benar? Jawapanya tentu TIDAK. Mengapa saya kata begitu?

Ramai masyarakat yang berpendapat bahawa polisi perubatan hanya untuk golongan dewasa sahaja, mereka tidak fokus sangat memasuki polisi perubatan untuk anak-anak mereka. Biar saya berkongsi dengan anda semua tentang kepentingan kad perubatan untuk kanak-kanak?

1) Kanak-kanak dalam lingkungan umur 1- 5 tahun adalah paling mudah terdedah kepada penyakit seperti jangkitan virus , asma, bronchitis dan sebagainya. Sekiranya mereka diamasukan ke hospital swasta, kosnya boleh jadi beribu-ribu. Ini pasti akan membebankan golongan ibubapa.

2) Untuk penyakit yang lebih tenat dan perlukan kos rawatan yang lebih tinggi, krisis kewangan pasti akan berlaku. Mahukan anda meminta derma dan apakah jaminan anda bahawa anda pasti boleh mendapat bantuan derma?



3)Statistik di Malaysia menunjukkan sekurang kurang 3 kanak-kanak menghidap penyakit kanser setiap hari dan kanser yang paling biasa terjadi ialah leukemia dan ia paling banyak berlaku kepada kanak-kanak yang berumur antara 1- 5 tahun. 





Jikalau anda mampu, buatlah perancangan untuk anak-anak anda. Satu polisi takaful perubatan yang komprehensif adalah yang terbaik untuk anak-anak anda.
Hubungilah konsultan pengurusan risiko dari TKF ACADEMY NETWORK yang anda kenali hari
ini untuk nasihat percuma.


Saya kakitangan kerajaan, saya perlu kad perubatan tak?

Soalan ini satu soalan yang menarik dan penting. Ramai kakitangan kerajaan selalu mengatakan mereka tak perlukan kad perubatan kerana mereka boleh masuk hospital kerajaan dan tidak perlu risau tentang bil perubatan. Adakah ini betul 100% ? Jawapannya ialah SEPARUH BETUL. Mengapa saya kata begitu?

Memang tidak dinafikan bahawa hospital kerajaan adalah murah jika berbanding dengan hospital swasta. Bagaimana pun hospital kerajaan juga mempunyai banyak kesulitan seperti :

1) Kesesakan yang amat teruk. Sampai ada masanya tak ada tempat kosong dimana katil pesakit berada di ruang jalan kaki.

2) Masa menunggu yang amat panjang. Segala rawatan dan pembedahan perlukan temujanji yang amat panjang disebabkan bilangan pesakit yang terlalu ramai. Masa menunggu boleh jadi selama enam bulan atau satu tahun. Adalah difahamkan kakitangan kerajaan juga terpaksa menunggu giliran mereka seperti orang awam.


3) Bukan semua kos hospital adalah percuma, terdapat banyak ubat-ubat khas untuk setengah penyakit seperti kanser kena ditanggung oleh pesakit.


4) Jagaan yang kurang rapi disebabkan oleh kesesakan hospital dan kakitangan hospital yang kurang mencukupi. Inilah yang banyak menyebabkan aduan mengenai ketidakpuasan perkhidmatan hospital kerajaan terutama di wad kecemasan.


Dari sebab-sebab yang disebutkan diatas, mahukan anda bergantung kepada hospital kerajaan sahaja?
Bukankah elok jika anda mempunyai pilihan kedua iaitu mampu untuk memasuki hospital swasta sekiranya anda perlukan rawatan yang segera dan urgen?



Jadi amatlah jelas bahawa walaupun anda seorang kakitangan kerajaan, anda juga digalakan memiliki kad perubatan sendiri. Mempunyai dua pilihan jauh lebih baik dari bergantung kepada kepada satu pilihan sahaja. Anda boleh hubungi saya untuk mendapat nasihat percuma melalui
Email siachongkuen@gmail.com
hp 0192776182







Saya ada skim insuran kelompok, mengapa harus saya ambil kad perubatan lagi?

Ramai orang yang bekerja di organisasi besar selalu mengatakan mereka tidak perlukan kad perubatan sendiri sebab mereka sudah ada skim perubatan kelompok. Adakah pandangan ini tepat? Jawapannya sudah pasti TIDAK, tahukan anda mengapa saya kata demikian?

Walaupun seseorang sudah mempunyai skim perubatan kelompok, saya tetap menasihatkan mereka memiliki satu kad perubatan sendiri semasa mereka masih sihat. Berikutlah antara beberapa sebab-sebabnya?

1) Skim kelompok adalah satu manfaat tambahan untuk pekerja-pekerja sesebuah syarikat dan ia adalah percuma. Skim begini kebiasaanya mempunyai limit yang terhad dan tidak mencukupi. Saya pernah mengetahui satu peristiwa dimana seorang enginneer yang bekerja di sony cuma mempunyai had limit sebanyak RM5,000 sahaja setiap kali kemasukan hospital, had itu tidak dapat menanggung bil kemasukan hospital sebanyak RM 15,000 yang pernah beliau alami.

2) Skim kelompok kebiasaan melindungi seseorang pekerja selagi mereka masih bekerja di syarikat tersebut. Skim ini akan ditamatkan sekiranya seseorang itu telah meninggalkan syarikat tersebut atau selepas seseorang itu sudah bersara. Ramai yang berpendapat bahawa mereka cuma akan mengambil kad perubatan selepas bersara. Akibatnya, mereka akan menghadapai kemungkinan berikut:

a) Mereka terpaksa membuat caruman yang tinggi. contohnya: caruman seorang yang berumur 25 ialah RM 150 sebulan. Caruman seorang yang berumur 55 keatas ialah RM 600 keatas.

b) Mereka mungkin sudah tidak layak untuk memasuki sebarang polisi perubatan sekiranya mereka sudah mempunyai masalah kesihatan yang tertentu seperti kencing manis dan sebagainya.

c) Andaikata seseorang itu masih layak untuk memasuki polisi perubatan selepas beliau bersara, itu juga bermakna beliau terpaksa terus membuat caruman selepas bersara dan ini mungkin boleh mendatangkan satu beban yang agak besar.

3) Ada yang mempertikaikan bahawa skim perubatan kelompok mereka boleh terus memberi perlindungan selepas mereka bersara. Nasihat saya ialah jangan mengambil itu sebagai satu JAMINAN. Syarikat boleh mengatakan bahawa mereka dapat memberi manfaat sedemikian sekarang tetapi mereka tidak memberi sebarang JAMINAN bahawa mereka boleh meneruskan manfaat begini selama lamanya. Mereka boleh tukar dari semasa ke semasa dan saya sudah melihat banyak contoh-contoh begini.

Jadi, anggap skim kelompok perubatan itu satu manfaat bonus dan seseorang itu tetap harus mempunyai kad perubatan sendiri semasa masih muda dan sihat. Perkara paling sedih ialah tidak layak lagi untuk memasuki kad perubatan selepas bersara. Mereka yang dalam ketegori ini terpaksa menangung 100% kos rawatan mereka dan ini memang satu keadaan yang amat merungsingkan.

Saya ada pelanggan yang memang dalam kategori ini dan mereka amat kesal. Untuk anda yang masih bergantung kepada skim perubatan kelompok, ambilah tindakan serta merta hari ini.







Hubungilah konsultan pengurusan risiko dari TKF ACADEMY NETWORK untuk nasihat percuma.
Anda juga boleh berhubung dengan saya melalui
Email siachongkuen@gmail.com
HP 0192776182










Saturday, 12 July 2014

Apakah limit kad perubatan yang anda perlu?

Dua puluh tahun dalam bidang ini, bila seseorang dinasihat supaya membuat sesuatu peningkatan limit kad perubatan mereka, jawapan yang biasa diterima ialah " cukuplah, apa guna beli banyak-banyak , membazir duit sahaja "

Ramai orang lebih rela buat perkara-perkara berikut:

1) Tukar dari kereta kecil ke kereta besar
2) Tukar dari rumah kecil ke rumah besar
3) Tukar dari talipon bimbit biasa ke smart phone
4) Tukar dari bag tangan biasa ke bag tangan yang berjenama
5) Tukar dari rim kereta biasa ke sport rim dan macam-macam lagi

Walau bagaimanapun, bila dinasihat untuk memperbaiki limit polisi perubatan, ramai yang tidak rela dan kata mereka tidak mampu. Ramai yang memiliki satu polisi lima atau sepuluh tahun yang lepas langsung tidak membuat sebarang peningkatan dan perubahan kepada limit polisi perubatan mereka.

Cuba anda bayangkan baju yang anda pakai semasa anda berumur 10 tahun dengan baju yang anda pakai semasa berumur 20 tahun, sememangnya saiznya sudah berbeza dan lebih besar. Itu menunjukan bahawa baju yang dipakai 10 tahun sebelum itu sudah tidak lagi sesuai untuk anda 10 tahun kemudian. Perkara yang sama juga terjadi kepada limit polisi perubatan. Limit polisi yang lama kebiasaannya  adalah kecil dan tidak mencukupi untuk kegunaaan masa kini disebabkan oleh inflasi. Itu adalah sebab mengapa setiap pemegang polisi perubatan dinasihat supaya membuat peningkatan limit perubatan dari semasa ke semasa mengikut kemampuan masing-masing.

Soalnya ialah apakah limit kad perubatan yang harus anda miliki?
Mengikut pengalaman saya, inilah garis panduan yang paling mudah untuk anda fahami dan ikuti mengenai limit kad perubatan anda.

Kad perubatan dibahagikan kepada 3 bahagian penting
1) Bilik dan penginapan hospital
2) Had tahunan
3) Had hayat

Ramai diantara anda yang mempunyai kad perubatan yang lama berkemungkinan besar mempunyai limit kad perubatan yang sebegini:

Bilik dan penginapan = 100 atau 150 sehari
Had tahunan = RM25,000 atau RM50,000 setahun
Had hayat = RM 75,000 atau RM150,000
Tempoh kad sampai umur 70 sahaja.

Sekiranya anda mempunyai limit kad perubatan begini, , maka anda memang dinasihat supaya membuat peningkatan ke limit kad perubatan berikut:

Bilik dan penginapan = 150 sehari ke atas
Had tahunan = RM 90,000 setahun keatas
Had hayat = RM 900,000 keatas
Tempoh kad sampai umur 80 keatas

Cadangan diatas adalah limit paling minima dan anda memang digalakan memiliki limit yang lebih besar jika anda mampu. klaim hospital terbesar yang saya pernah buat ialah  RM 104,856.90 sekali kemasukan. Sekiranya anda ingin duduk bilik perseorangan, maka anda harus memilki bilik penginapan minima RM 200 sehari ke atas.




Agak memeranjatkan bil yang boleh menjadi begitu tinggi  hinggakan ramai yang masih tidak percaya. Tapi itu memang satu kisah benar yang berlaku kepada pelanggan saya. Jadi, jangan setakat besarkan kereta, besarkan rumah, asyik tukar talipon bimbit baru tetapi lupa untuk meningkatkan limit polisi kad perubatan anda.

Buatlah peningkatan limit kad perubatan anda dari semasa ke semasa mengikut kemampuan, buatlah badjet untuk peningkatan limit polisi anda setiap 3 tahun. Hubungilah konsultan pengurusan risiko dari TKF ACADEMY NETWORK untuk nasihat percuma.


Friday, 11 July 2014

Siapa tidak perlu polisi takaful perubatan?

Ramai orang yang selalu menanyakan mengapa harus mereka memasuki satu polisi takaful? Ramai juga yang menafikan bahawa mereka perlukan polisi takaful. Ramai yang masih tidak memahami keperluan polisi takaful. 

Jikalau anda ingin tahu mengapa anda harus atau wajib memasuki satu polisi takaful, saya boleh berkongsi dengan anda golongan manakah yang tidak memerlukan polisi takaful perubatan?

Golongan yang tidak perlu polisi takaful perubatan:

1) Mereka yang sudah sakit tenat, memang sudah terlambat untuk masuk polisi. 
2) Mereka yang kaya raya seperti Bil Gates, mereka tidak perlu polisi perubatan kerana memiliki     satu hospital pun mereka mampu.
3) Mereka yang hampir meninggal dunia, sudah tidak perlu lagi.
4) Mereka yang sudah mempunyai banyak penyakit-penyakit, sudah tidak layak lagi.

Jika anda berada dalam golongan ini, maka anda tidak perlu lagi memasuki sebarang polisi takaful perubatan. 
Sekiranya anda bukan dalam golongan ini, maka anda adalah tergolong dalam golongan yang perlu. Cuba anda fikir secara mendalam adakah apa yang saya nyatakan itu logik atau tidak?

Memang tidak salah atau betul samada anda masuk atau tidak masuk polisi takaful. Yang berbeza ialah kesannya. Jika anda mempunyai polisi takaful perubatan, adakah anda  merasa lebih terjamin? 

a)Mahukah anda selalu hidup dalam kebimbangan kerana masalah kesihatan boleh datang tanpa      signal?  
b) Mahukah anda menggadaikan nasib anda atau keluarga anda? Kerana masalah kesihatan yang     tenat boleh memusnahkan hidup anda.
c) Mahukah anda meminta derma dari orang awam untuk kos rawatan perubatan anda?


Jangan disebabkan kelalaian anda, hidup anda dan keluarga menjadi sengsara. 

Hubungilah Konsultan Pengurusan risiko dari TKF ACADEMY NETWORK.
Email siachongkuen@gmail.com






Lihat video ini >>>>>