Thursday, 21 August 2014

Saya masih bujang, adakah saya perlu masuk polisi takaful?

Berkenaan dengan soalan diatas, ramai yang sering bertanyakan samada mereka perlu masuk polisi takaful kerana mereka masih bujang dan muda? Jawapannya tetap YA.

Kenapa saya demikian? Mari kita kaji bersama sebab-sebab utama orang muda harus masuk polisi takaful walaupun mereka masih muda atau bujang.
Biar kita mula dengan golongan graduan terdahulu. Seperti yang kita sedia maklum, hampir 100% graduan tamat pengajian dengan hutang PTPTN yang berpuluh puluh ribu. Bukan sekakat ini sahaja, sebaik sahaja mereka mula bekerja, mereka sudah ingin memiliki kereta sendiri dan ramai graduan yang ambil skim pinjaman kereta khas untuk graduan yang tidak memerlukan mereka membayar sebarang bayaran pendahuluan. Ini bermaksud mereka mengambil pinjaman kereta 100%.

Akibatnya, hutang graduan bertambah lagi hingga ke angka yang mungkin mencecah 100k. Dengan usia yang begitu muda, graduan sudah mula hidup dengan berhutang. Soalnya ialah kematian tetap akan berlaku dan ia adalah diatas kuasa Tuhan. Sekiranya malaikat maut menjemput, golongan graduan-graduan ini akan tinggalkan hutang yang begitu banyak kepada ibubapa mereka, bukankah ini satu beban yang amat-amat berat untuk ibubapa mereka yang sudah tua dan mungkin sudah bersara.

Selain daripada ini, memang difahamkan masalah kesihatan tidak lagi mengira umur dan ramai orang muda yang dijangkiti penyakit kritikal masa kini. Bayangkan bagaimana graduan ini mampu menanggung kos rawatan yang begitu tinggi? Adakah mereka sekali lagi ingin membebankan ibubapa mereka? Jelas sekali graduan harus bertanggungjawap terhadap diri sendiri dan tidak sepatutnya lagi membebankan ibubapa mereka yang sudah tua.

Tambahan lagi, ramai golongan remaja memilih untuk berumahtangga dan mempunyai anak pada usia yang amat muda. Ini sememangnya satu tanggungjawap yang amat-amat berat terhadap keluarga mereka. Setiap orang yang berumahtangga harus memastikan keluarga mereka tidak mengalami krisis kewangan yang serious sekiranya sesuatu musibah berlaku seperti kematian. kecacatan kekal atau masalah kesihatan yang tenat.

Sebab-sebab diatas cukup jelas menunjukkan bahawa setiap golongan orang muda harus memilki satu polisi takaful yang komprehensif. Ini adalah satu komitmen, tanggungjawap dan kasih sayang terhadap ibubapa, isteri atau anak. Kasih sayang bukan setakat kata-kata sahaja dan ajaran Islam juga mengatakan bahawa tanggungjawap setiap individu yang sudah berumahtangga mesti  meninggalkan perbelanjaan sekurang-kurang satu tahun kepada keluarga mereka sekiranya malaikat maut menjemput.

Lebih-lebih lagi, setiap individu tidak harus pergi dengan hutang-hutang yang tidak diselesaikan kerana Roh mereka akan tergantung di antara bumi dan langit. Sekiranya anda seorang muslim, bukankah anda harus pastikan bahawa anda tidak tinggalkan hutang selepas pemergian anda.


Jadi, polisi takaful adalah penyelesaian terbaik untuk semua orang muda kerana polisi takaful adalah cara yang paling cepat untuk menubuhkan tabung perlindungan untuk berbagai tujuan dan objektif. Tunjukan kasih sayang anda terhadap keluarga anda ttidak kira samada anda berada disisi mereka atau setelah anda sudah meninggalkan mereka.

Jangan biarkan orang kesayangan anda( ibubapa, isteri, atau anak) menderita akibat kelalaian anda. Ambil tindakan hari, lindungilah mereka dengan polisi takaful.








1 comment:

  1. `Nama saya Karina Agus, tinggal di Indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati tentang scammers karena mereka bulan everywhere.Few lalu saya secara finansial turun, dan karena kebutuhan saya, putus asa dan kemiskinan , saya telah scammed oleh beberapa perusahaan pinjaman yang disebut di online. Aku kehilangan harapan tidak sampai seorang teman saya merujuk saya ke pemberi pinjaman sangat handal disebut Mrs Clara Alderman yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari $ 79.000 dalam 24 jam tanpa tekanan, pada awalnya itu seperti mimpi bagi saya sampai saya melihat waspada angsuran pertama saya 2 jam setelah saya diterapkan. Saya mendorong sesama Indonesia yang membutuhkan pinjaman untuk silahkan hubungi Mrs.Clara melalui: claraloans@financier.com atau hubungi mereka di +447045730449
      Hati-hati! Anda juga dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut melalui: Karinaagus2@gmail.com

    ReplyDelete