Dua puluh tahun dalam bidang ini, bila seseorang dinasihat supaya membuat sesuatu peningkatan limit kad perubatan mereka, jawapan yang biasa diterima ialah " cukuplah, apa guna beli banyak-banyak , membazir duit sahaja "
Ramai orang lebih rela buat perkara-perkara berikut:
1) Tukar dari kereta kecil ke kereta besar
2) Tukar dari rumah kecil ke rumah besar
3) Tukar dari talipon bimbit biasa ke smart phone
4) Tukar dari bag tangan biasa ke bag tangan yang berjenama
5) Tukar dari rim kereta biasa ke sport rim dan macam-macam lagi
Walau bagaimanapun, bila dinasihat untuk memperbaiki limit polisi perubatan, ramai yang tidak rela dan kata mereka tidak mampu. Ramai yang memiliki satu polisi lima atau sepuluh tahun yang lepas langsung tidak membuat sebarang peningkatan dan perubahan kepada limit polisi perubatan mereka.
Cuba anda bayangkan baju yang anda pakai semasa anda berumur 10 tahun dengan baju yang anda pakai semasa berumur 20 tahun, sememangnya saiznya sudah berbeza dan lebih besar. Itu menunjukan bahawa baju yang dipakai 10 tahun sebelum itu sudah tidak lagi sesuai untuk anda 10 tahun kemudian. Perkara yang sama juga terjadi kepada limit polisi perubatan. Limit polisi yang lama kebiasaannya adalah kecil dan tidak mencukupi untuk kegunaaan masa kini disebabkan oleh inflasi. Itu adalah sebab mengapa setiap pemegang polisi perubatan dinasihat supaya membuat peningkatan limit perubatan dari semasa ke semasa mengikut kemampuan masing-masing.
Soalnya ialah apakah limit kad perubatan yang harus anda miliki?
Mengikut pengalaman saya, inilah garis panduan yang paling mudah untuk anda fahami dan ikuti mengenai limit kad perubatan anda.
Kad perubatan dibahagikan kepada 3 bahagian penting
1) Bilik dan penginapan hospital
2) Had tahunan
3) Had hayat
Ramai diantara anda yang mempunyai kad perubatan yang lama berkemungkinan besar mempunyai limit kad perubatan yang sebegini:
Bilik dan penginapan = 100 atau 150 sehari
Had tahunan = RM25,000 atau RM50,000 setahun
Had hayat = RM 75,000 atau RM150,000
Tempoh kad sampai umur 70 sahaja.
Sekiranya anda mempunyai limit kad perubatan begini, , maka anda memang dinasihat supaya membuat peningkatan ke limit kad perubatan berikut:
Bilik dan penginapan = 150 sehari ke atas
Had tahunan = RM 90,000 setahun keatas
Had hayat = RM 900,000 keatas
Tempoh kad sampai umur 80 keatas
Cadangan diatas adalah limit paling minima dan anda memang digalakan memiliki limit yang lebih besar jika anda mampu. klaim hospital terbesar yang saya pernah buat ialah RM 104,856.90 sekali kemasukan. Sekiranya anda ingin duduk bilik perseorangan, maka anda harus memilki bilik penginapan minima RM 200 sehari ke atas.
Agak memeranjatkan bil yang boleh menjadi begitu tinggi hinggakan ramai yang masih tidak percaya. Tapi itu memang satu kisah benar yang berlaku kepada pelanggan saya. Jadi, jangan setakat besarkan kereta, besarkan rumah, asyik tukar talipon bimbit baru tetapi lupa untuk meningkatkan limit polisi kad perubatan anda.
Buatlah peningkatan limit kad perubatan anda dari semasa ke semasa mengikut kemampuan, buatlah badjet untuk peningkatan limit polisi anda setiap 3 tahun. Hubungilah konsultan pengurusan risiko dari TKF ACADEMY NETWORK untuk nasihat percuma.

No comments:
Post a Comment