Monday, 14 July 2014

Saya ada skim insuran kelompok, mengapa harus saya ambil kad perubatan lagi?

Ramai orang yang bekerja di organisasi besar selalu mengatakan mereka tidak perlukan kad perubatan sendiri sebab mereka sudah ada skim perubatan kelompok. Adakah pandangan ini tepat? Jawapannya sudah pasti TIDAK, tahukan anda mengapa saya kata demikian?

Walaupun seseorang sudah mempunyai skim perubatan kelompok, saya tetap menasihatkan mereka memiliki satu kad perubatan sendiri semasa mereka masih sihat. Berikutlah antara beberapa sebab-sebabnya?

1) Skim kelompok adalah satu manfaat tambahan untuk pekerja-pekerja sesebuah syarikat dan ia adalah percuma. Skim begini kebiasaanya mempunyai limit yang terhad dan tidak mencukupi. Saya pernah mengetahui satu peristiwa dimana seorang enginneer yang bekerja di sony cuma mempunyai had limit sebanyak RM5,000 sahaja setiap kali kemasukan hospital, had itu tidak dapat menanggung bil kemasukan hospital sebanyak RM 15,000 yang pernah beliau alami.

2) Skim kelompok kebiasaan melindungi seseorang pekerja selagi mereka masih bekerja di syarikat tersebut. Skim ini akan ditamatkan sekiranya seseorang itu telah meninggalkan syarikat tersebut atau selepas seseorang itu sudah bersara. Ramai yang berpendapat bahawa mereka cuma akan mengambil kad perubatan selepas bersara. Akibatnya, mereka akan menghadapai kemungkinan berikut:

a) Mereka terpaksa membuat caruman yang tinggi. contohnya: caruman seorang yang berumur 25 ialah RM 150 sebulan. Caruman seorang yang berumur 55 keatas ialah RM 600 keatas.

b) Mereka mungkin sudah tidak layak untuk memasuki sebarang polisi perubatan sekiranya mereka sudah mempunyai masalah kesihatan yang tertentu seperti kencing manis dan sebagainya.

c) Andaikata seseorang itu masih layak untuk memasuki polisi perubatan selepas beliau bersara, itu juga bermakna beliau terpaksa terus membuat caruman selepas bersara dan ini mungkin boleh mendatangkan satu beban yang agak besar.

3) Ada yang mempertikaikan bahawa skim perubatan kelompok mereka boleh terus memberi perlindungan selepas mereka bersara. Nasihat saya ialah jangan mengambil itu sebagai satu JAMINAN. Syarikat boleh mengatakan bahawa mereka dapat memberi manfaat sedemikian sekarang tetapi mereka tidak memberi sebarang JAMINAN bahawa mereka boleh meneruskan manfaat begini selama lamanya. Mereka boleh tukar dari semasa ke semasa dan saya sudah melihat banyak contoh-contoh begini.

Jadi, anggap skim kelompok perubatan itu satu manfaat bonus dan seseorang itu tetap harus mempunyai kad perubatan sendiri semasa masih muda dan sihat. Perkara paling sedih ialah tidak layak lagi untuk memasuki kad perubatan selepas bersara. Mereka yang dalam ketegori ini terpaksa menangung 100% kos rawatan mereka dan ini memang satu keadaan yang amat merungsingkan.

Saya ada pelanggan yang memang dalam kategori ini dan mereka amat kesal. Untuk anda yang masih bergantung kepada skim perubatan kelompok, ambilah tindakan serta merta hari ini.







Hubungilah konsultan pengurusan risiko dari TKF ACADEMY NETWORK untuk nasihat percuma.
Anda juga boleh berhubung dengan saya melalui
Email siachongkuen@gmail.com
HP 0192776182










No comments:

Post a Comment