Wednesday, 11 February 2015

Anda tak perlu insuran ?

Ramai orang masih tidak mempunyai insuran atau takaful kerana mereka fikir mereka tak perlu .
Memang betul ,semua orang yang masih sihat pasti TIDAK memerlukan takaful, tapi kita harus menerima beberapa hakikat iaitu :

1)
kematian pasti berlaku , cuma tuhan saja yang tahu bila.
2)
musibah boleh berlaku bila bila masa, cuma kita tidak tahu bila
.

Jadi, jika musibah seperti penyakit , kemalangan dan sebagainya berlaku dengan tiba-tiba dan memerlukan kos rawatan yang setinggi puluh puluh ribu , apa yang kita perlu ialah duit kecemasan yang sedia ada .

Soalnya ialah dimana kita boleh dapat duit kecemasan ini?

1)
Duit simpanan sendiri, berapa ramai diantara kita yang ada duit kecemasan sebanyak ini?

2)
Minta bantuan ahli keluarga. Adakah adik beradik kita juga mempunyai duit kecemasan sebanyak ini?

3)
Minta derma dari masyarakat. Senang tak nak dapat derma dan adakah kita pasti bahawa kita boleh dapat derma yang begitu banyak? Apa jadi kalau tak berjaya dapat derma ?

4)
Gunakan kad kredit . Ini cara yang paling cepat kalau kita ada kad kredit yang mempunyai limit tinggi seperti 50k atau lebih. Masalahnya ialah apa akan terjadi kemudian, mampukah kita untuk membayar balik pinjaman kad kredit ini?

5)
Bergantung kepada syarikat anda. Bukan semua syarikat memberi manfaat perubatan kelompok. Kalau ada pun, limit yang diberikan amat terhad atau rendah.
Jika kesemua cara diatas tidak boleh beri satu jaminan, maka cara terbaik ialah melalui insuran/takaful kerana ia adalah cara yang paling 
1) Cepat
2)
mudah
3)
murah           untuk mendapat duit kecemasan sekiranya musibah berlaku .

Ingat, semasa anda sihat , anda tak perlu takaful tapi anda terpaksa memilikinya  sebab sekiranya anda sudah ditimpa musibah dan anda tidak mempunyai takaful , maka ia sudah terlambat

No comments:

Post a Comment