Friday, 13 February 2015

Adakah berbaloi memasuki polisi takaful?

Ramai yang masih teragak-agak tentang kepentingan insuran/takaful dan masih tidak begitu rela untuk mencarum demi sekuriti diri dan kelaurga. Adakah ia berbaloi mencarum ke dalam satu polisi takaful ?

Masyarakat secara umum lebih rela belanja daripada mencarum. Mengikut ajaran Islam, setiap orang yang berugama Islam mesti mengikut amalan berikut  :

1) Memastikan bahawa mereka mesti tinggalkan sekurang-kurangnya satu tahun perbelanjaan keluarga sekiranya mereka meninggal dunia.

2) Seorang Muslim tidak boleh mati berhutang. 

Soalnya ialah berapa ramai masyarakat kita yang betul betul mematuhi dan mengikut amalan ini. Kita masih melihat banyak peristiwa dimana keluarga terpaksa meminta derma selepas peninggalan seorang suami atau bapa dalam satu keluarga. Mengapa perkara ini masih berlaku dan adakah kita boleh terima alasan yang diberikan iaitu mereka tidak ada duit untuk mencarum?

Bebaloikah mencarum satu polisi takaful ?

Biar saya berkongsi satu formula yang amat mudah untuk menjawap soalan ini.

Contoh :
umur = 25 tahun
caruman = 30 tahun

Jumalah caruman ( tempoh 30 tahun ) = X ringgit
Dalam tempoh 30 tahun , sekiranya musibah berikut berlaku , maka inilah manfaat yang akan anda perolehi


1) kematian = 50,000
2) kecacatan kekal=50,000
3) penyakit kririkal = 50,000
4) kad perubatan = 900,000
5) kemalangan = 10,000
6) elaun hospital = 100/sehari

Pada penghujung 30 tahun, sekiranya tiada apa yang berlaku, anda berkemungkinan mendapat balik sepenuh X ringgit yang anda carumkan. 

Ini bermakna, kalau ada musibah berlaku, anda sudah ada tabung kecemasan yang sedia ada 
dan sekiranya tiada apa-apa yang terjadi, anda dapat balik  duit caruman anda.

Satu lagi manfaat ialah mencarum polisi takaful bermakna memberi DERMA dan anda dapat pahala.Jadi, jika anda mahu memastikan bahawa anda dapat melaksanakan tanggungjawap anda sebagai seorang Muslim, maka saya rasa anda pasti bersetuju bahawa mencarum satu polisi takaful memang satu tindakan yang amat berbaloi.
























No comments:

Post a Comment