Friday, 18 July 2014

Saya ada bayi yang baru lahir, patutkah saya masuk polisi perubatan untuk dia sekarang?

Untuk anak yang baru lahir, perlukah ibubapa mereka masuk polisi untuk mereka serta-merta? Jawapananya ialah pasti YA. Ramai ibubapa mungkin tidak faham atau tidak sependapat dengan saya, biar saya berkongsi dengan anda sebab utama saya berpendapat sedemikian.

Ibubapa yang baru mempunyai bayi baru lahir berkemungkinan tidak menyedari bahawa bayi yang berumur di bawah umur satu tahun amat mudah terdedah kepada jangkitan virus, astma , bronchitis dan sebagainya. Bayi mudah mendapat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru sekiranya terdedah kepada keadaan persekitaran atau cuaca yang berubah-ubah. Tambahan pula bayi yang berusia kurang dari satu tahun amat mudah terdedah kepada jangkitan virus.

Untuk kefahaman anda, bayi yang mempunyai mendapat jangkitan virus atau penyakit yang berkait dengan paru paru memerlukan kos rawatan yang beribu-ribu sekiranya dimasukan ke hospital swasta. Saya  ada pengalaman dari pelanggan saya yang pernah mengalami keadaan ini dan kos rawatan mencecah RM6,000 sekali kemasukan selama 4 hari sahaja.

Duit sebanyak RM6,000 berkemungkinan besar akan mendatangkan beban yang amat besar kepada ibubapa yang tidak berpendapatan tinggi. Tahukan anda apa kesan-kesan yang akan terjadi kepada pemohonan polisi takaful sekiranya seseorang bayi itu sudah mempunyai rekod kemasukan hospital?

Sekiranya seseorang bayi sudah mempunyai rekod kemasukan hospital seperti astma, pheumonia atau bronchitis, maka pemohonan polisi berkemungkinan besar akan mengalami satu syarat pengecualian berikut iaitu:
POLISI PERUBATAN TERSEBUT AKAN MEMPUNYAI SYARAT PENGECUALIAN TERTENTU DIMANA KAD PERUBATAN TIDAK AKAN MENANGGUNG SEGALA KOS RAWATAN YANG BERKAITAN DENGAN PARU-PARU SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.

Ini bermakna sekiranya berlaku kes-kes kemasukan hospital yang berpunca dari penyakit yang berkait dengan paru-paru, maka ibubapa terpaksa menanggung kos rawatan sendiri. Bedasarkan fakta ini, maka amat jelas menunjukan bahawa ibubapa seharusnya memohon polisi takaful yang komprehensif dengan kad perubatan 30 hari selepas bayi itu dilahirkan terutama sekali semasa bayi itu masih sihat.


Ingat! kesan menangguh pemohonan boleh mendatangkan kesan yang amat serious seperti apa yang saya terangkan tadi. Soalnya ialah sekiranya anda memohon polisi takaful untuk anak-anak anda, mahukan anda dapat satu polisi yang komprehensif yang lengkap tanpa sebarang pengecualian?
Nasihat saya ialah jangan menangguh dan ambil tindakan serta-merta hari ini.











Monday, 14 July 2014

Anak-anak saya masih kecil, perlukah saya masuk polisi perubatan untuk mereka?

Ramai ibubapa berpendapat mereka tidak perlu ambil polisi perubatan untuk anak-anak mereka kerana mereka masih kecil dan tidak perlu. Aadakah pendapat ini benar? Jawapanya tentu TIDAK. Mengapa saya kata begitu?

Ramai masyarakat yang berpendapat bahawa polisi perubatan hanya untuk golongan dewasa sahaja, mereka tidak fokus sangat memasuki polisi perubatan untuk anak-anak mereka. Biar saya berkongsi dengan anda semua tentang kepentingan kad perubatan untuk kanak-kanak?

1) Kanak-kanak dalam lingkungan umur 1- 5 tahun adalah paling mudah terdedah kepada penyakit seperti jangkitan virus , asma, bronchitis dan sebagainya. Sekiranya mereka diamasukan ke hospital swasta, kosnya boleh jadi beribu-ribu. Ini pasti akan membebankan golongan ibubapa.

2) Untuk penyakit yang lebih tenat dan perlukan kos rawatan yang lebih tinggi, krisis kewangan pasti akan berlaku. Mahukan anda meminta derma dan apakah jaminan anda bahawa anda pasti boleh mendapat bantuan derma?



3)Statistik di Malaysia menunjukkan sekurang kurang 3 kanak-kanak menghidap penyakit kanser setiap hari dan kanser yang paling biasa terjadi ialah leukemia dan ia paling banyak berlaku kepada kanak-kanak yang berumur antara 1- 5 tahun. 





Jikalau anda mampu, buatlah perancangan untuk anak-anak anda. Satu polisi takaful perubatan yang komprehensif adalah yang terbaik untuk anak-anak anda.
Hubungilah konsultan pengurusan risiko dari TKF ACADEMY NETWORK yang anda kenali hari
ini untuk nasihat percuma.


Saya kakitangan kerajaan, saya perlu kad perubatan tak?

Soalan ini satu soalan yang menarik dan penting. Ramai kakitangan kerajaan selalu mengatakan mereka tak perlukan kad perubatan kerana mereka boleh masuk hospital kerajaan dan tidak perlu risau tentang bil perubatan. Adakah ini betul 100% ? Jawapannya ialah SEPARUH BETUL. Mengapa saya kata begitu?

Memang tidak dinafikan bahawa hospital kerajaan adalah murah jika berbanding dengan hospital swasta. Bagaimana pun hospital kerajaan juga mempunyai banyak kesulitan seperti :

1) Kesesakan yang amat teruk. Sampai ada masanya tak ada tempat kosong dimana katil pesakit berada di ruang jalan kaki.

2) Masa menunggu yang amat panjang. Segala rawatan dan pembedahan perlukan temujanji yang amat panjang disebabkan bilangan pesakit yang terlalu ramai. Masa menunggu boleh jadi selama enam bulan atau satu tahun. Adalah difahamkan kakitangan kerajaan juga terpaksa menunggu giliran mereka seperti orang awam.


3) Bukan semua kos hospital adalah percuma, terdapat banyak ubat-ubat khas untuk setengah penyakit seperti kanser kena ditanggung oleh pesakit.


4) Jagaan yang kurang rapi disebabkan oleh kesesakan hospital dan kakitangan hospital yang kurang mencukupi. Inilah yang banyak menyebabkan aduan mengenai ketidakpuasan perkhidmatan hospital kerajaan terutama di wad kecemasan.


Dari sebab-sebab yang disebutkan diatas, mahukan anda bergantung kepada hospital kerajaan sahaja?
Bukankah elok jika anda mempunyai pilihan kedua iaitu mampu untuk memasuki hospital swasta sekiranya anda perlukan rawatan yang segera dan urgen?



Jadi amatlah jelas bahawa walaupun anda seorang kakitangan kerajaan, anda juga digalakan memiliki kad perubatan sendiri. Mempunyai dua pilihan jauh lebih baik dari bergantung kepada kepada satu pilihan sahaja. Anda boleh hubungi saya untuk mendapat nasihat percuma melalui
Email siachongkuen@gmail.com
hp 0192776182







Saya ada skim insuran kelompok, mengapa harus saya ambil kad perubatan lagi?

Ramai orang yang bekerja di organisasi besar selalu mengatakan mereka tidak perlukan kad perubatan sendiri sebab mereka sudah ada skim perubatan kelompok. Adakah pandangan ini tepat? Jawapannya sudah pasti TIDAK, tahukan anda mengapa saya kata demikian?

Walaupun seseorang sudah mempunyai skim perubatan kelompok, saya tetap menasihatkan mereka memiliki satu kad perubatan sendiri semasa mereka masih sihat. Berikutlah antara beberapa sebab-sebabnya?

1) Skim kelompok adalah satu manfaat tambahan untuk pekerja-pekerja sesebuah syarikat dan ia adalah percuma. Skim begini kebiasaanya mempunyai limit yang terhad dan tidak mencukupi. Saya pernah mengetahui satu peristiwa dimana seorang enginneer yang bekerja di sony cuma mempunyai had limit sebanyak RM5,000 sahaja setiap kali kemasukan hospital, had itu tidak dapat menanggung bil kemasukan hospital sebanyak RM 15,000 yang pernah beliau alami.

2) Skim kelompok kebiasaan melindungi seseorang pekerja selagi mereka masih bekerja di syarikat tersebut. Skim ini akan ditamatkan sekiranya seseorang itu telah meninggalkan syarikat tersebut atau selepas seseorang itu sudah bersara. Ramai yang berpendapat bahawa mereka cuma akan mengambil kad perubatan selepas bersara. Akibatnya, mereka akan menghadapai kemungkinan berikut:

a) Mereka terpaksa membuat caruman yang tinggi. contohnya: caruman seorang yang berumur 25 ialah RM 150 sebulan. Caruman seorang yang berumur 55 keatas ialah RM 600 keatas.

b) Mereka mungkin sudah tidak layak untuk memasuki sebarang polisi perubatan sekiranya mereka sudah mempunyai masalah kesihatan yang tertentu seperti kencing manis dan sebagainya.

c) Andaikata seseorang itu masih layak untuk memasuki polisi perubatan selepas beliau bersara, itu juga bermakna beliau terpaksa terus membuat caruman selepas bersara dan ini mungkin boleh mendatangkan satu beban yang agak besar.

3) Ada yang mempertikaikan bahawa skim perubatan kelompok mereka boleh terus memberi perlindungan selepas mereka bersara. Nasihat saya ialah jangan mengambil itu sebagai satu JAMINAN. Syarikat boleh mengatakan bahawa mereka dapat memberi manfaat sedemikian sekarang tetapi mereka tidak memberi sebarang JAMINAN bahawa mereka boleh meneruskan manfaat begini selama lamanya. Mereka boleh tukar dari semasa ke semasa dan saya sudah melihat banyak contoh-contoh begini.

Jadi, anggap skim kelompok perubatan itu satu manfaat bonus dan seseorang itu tetap harus mempunyai kad perubatan sendiri semasa masih muda dan sihat. Perkara paling sedih ialah tidak layak lagi untuk memasuki kad perubatan selepas bersara. Mereka yang dalam ketegori ini terpaksa menangung 100% kos rawatan mereka dan ini memang satu keadaan yang amat merungsingkan.

Saya ada pelanggan yang memang dalam kategori ini dan mereka amat kesal. Untuk anda yang masih bergantung kepada skim perubatan kelompok, ambilah tindakan serta merta hari ini.







Hubungilah konsultan pengurusan risiko dari TKF ACADEMY NETWORK untuk nasihat percuma.
Anda juga boleh berhubung dengan saya melalui
Email siachongkuen@gmail.com
HP 0192776182










Saturday, 12 July 2014

Apakah limit kad perubatan yang anda perlu?

Dua puluh tahun dalam bidang ini, bila seseorang dinasihat supaya membuat sesuatu peningkatan limit kad perubatan mereka, jawapan yang biasa diterima ialah " cukuplah, apa guna beli banyak-banyak , membazir duit sahaja "

Ramai orang lebih rela buat perkara-perkara berikut:

1) Tukar dari kereta kecil ke kereta besar
2) Tukar dari rumah kecil ke rumah besar
3) Tukar dari talipon bimbit biasa ke smart phone
4) Tukar dari bag tangan biasa ke bag tangan yang berjenama
5) Tukar dari rim kereta biasa ke sport rim dan macam-macam lagi

Walau bagaimanapun, bila dinasihat untuk memperbaiki limit polisi perubatan, ramai yang tidak rela dan kata mereka tidak mampu. Ramai yang memiliki satu polisi lima atau sepuluh tahun yang lepas langsung tidak membuat sebarang peningkatan dan perubahan kepada limit polisi perubatan mereka.

Cuba anda bayangkan baju yang anda pakai semasa anda berumur 10 tahun dengan baju yang anda pakai semasa berumur 20 tahun, sememangnya saiznya sudah berbeza dan lebih besar. Itu menunjukan bahawa baju yang dipakai 10 tahun sebelum itu sudah tidak lagi sesuai untuk anda 10 tahun kemudian. Perkara yang sama juga terjadi kepada limit polisi perubatan. Limit polisi yang lama kebiasaannya  adalah kecil dan tidak mencukupi untuk kegunaaan masa kini disebabkan oleh inflasi. Itu adalah sebab mengapa setiap pemegang polisi perubatan dinasihat supaya membuat peningkatan limit perubatan dari semasa ke semasa mengikut kemampuan masing-masing.

Soalnya ialah apakah limit kad perubatan yang harus anda miliki?
Mengikut pengalaman saya, inilah garis panduan yang paling mudah untuk anda fahami dan ikuti mengenai limit kad perubatan anda.

Kad perubatan dibahagikan kepada 3 bahagian penting
1) Bilik dan penginapan hospital
2) Had tahunan
3) Had hayat

Ramai diantara anda yang mempunyai kad perubatan yang lama berkemungkinan besar mempunyai limit kad perubatan yang sebegini:

Bilik dan penginapan = 100 atau 150 sehari
Had tahunan = RM25,000 atau RM50,000 setahun
Had hayat = RM 75,000 atau RM150,000
Tempoh kad sampai umur 70 sahaja.

Sekiranya anda mempunyai limit kad perubatan begini, , maka anda memang dinasihat supaya membuat peningkatan ke limit kad perubatan berikut:

Bilik dan penginapan = 150 sehari ke atas
Had tahunan = RM 90,000 setahun keatas
Had hayat = RM 900,000 keatas
Tempoh kad sampai umur 80 keatas

Cadangan diatas adalah limit paling minima dan anda memang digalakan memiliki limit yang lebih besar jika anda mampu. klaim hospital terbesar yang saya pernah buat ialah  RM 104,856.90 sekali kemasukan. Sekiranya anda ingin duduk bilik perseorangan, maka anda harus memilki bilik penginapan minima RM 200 sehari ke atas.




Agak memeranjatkan bil yang boleh menjadi begitu tinggi  hinggakan ramai yang masih tidak percaya. Tapi itu memang satu kisah benar yang berlaku kepada pelanggan saya. Jadi, jangan setakat besarkan kereta, besarkan rumah, asyik tukar talipon bimbit baru tetapi lupa untuk meningkatkan limit polisi kad perubatan anda.

Buatlah peningkatan limit kad perubatan anda dari semasa ke semasa mengikut kemampuan, buatlah badjet untuk peningkatan limit polisi anda setiap 3 tahun. Hubungilah konsultan pengurusan risiko dari TKF ACADEMY NETWORK untuk nasihat percuma.


Friday, 11 July 2014

Siapa tidak perlu polisi takaful perubatan?

Ramai orang yang selalu menanyakan mengapa harus mereka memasuki satu polisi takaful? Ramai juga yang menafikan bahawa mereka perlukan polisi takaful. Ramai yang masih tidak memahami keperluan polisi takaful. 

Jikalau anda ingin tahu mengapa anda harus atau wajib memasuki satu polisi takaful, saya boleh berkongsi dengan anda golongan manakah yang tidak memerlukan polisi takaful perubatan?

Golongan yang tidak perlu polisi takaful perubatan:

1) Mereka yang sudah sakit tenat, memang sudah terlambat untuk masuk polisi. 
2) Mereka yang kaya raya seperti Bil Gates, mereka tidak perlu polisi perubatan kerana memiliki     satu hospital pun mereka mampu.
3) Mereka yang hampir meninggal dunia, sudah tidak perlu lagi.
4) Mereka yang sudah mempunyai banyak penyakit-penyakit, sudah tidak layak lagi.

Jika anda berada dalam golongan ini, maka anda tidak perlu lagi memasuki sebarang polisi takaful perubatan. 
Sekiranya anda bukan dalam golongan ini, maka anda adalah tergolong dalam golongan yang perlu. Cuba anda fikir secara mendalam adakah apa yang saya nyatakan itu logik atau tidak?

Memang tidak salah atau betul samada anda masuk atau tidak masuk polisi takaful. Yang berbeza ialah kesannya. Jika anda mempunyai polisi takaful perubatan, adakah anda  merasa lebih terjamin? 

a)Mahukah anda selalu hidup dalam kebimbangan kerana masalah kesihatan boleh datang tanpa      signal?  
b) Mahukah anda menggadaikan nasib anda atau keluarga anda? Kerana masalah kesihatan yang     tenat boleh memusnahkan hidup anda.
c) Mahukah anda meminta derma dari orang awam untuk kos rawatan perubatan anda?


Jangan disebabkan kelalaian anda, hidup anda dan keluarga menjadi sengsara. 

Hubungilah Konsultan Pengurusan risiko dari TKF ACADEMY NETWORK.
Email siachongkuen@gmail.com






Lihat video ini >>>>>