Ramai pemegang polisi selalu menanyakan mengapa mereka harus ambil kad perubatan baru sedangkan mereka sudah mempunyai kad perubatan? Soalan ini memang tidak tidak difahami oleh sebilangan besar masyarakat.
Untuk makluman anda sekalian, manfaat dalam sesuatu polisi takaful memang akan berubah dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan semasa dan juga disebabkan oleh infalsi. Sekiranya seorang itu memasuki satu polisi takaful 5 atau 10 tahun yang lepas, maka memang jelas bahawa limit kad perubatan mereka memang amat kecil. Contoh limit kad perubatan yang lama yang kebiasaanya dimiliki oleh orang ramai ialah:
Bilik=100 / 150 sehari
Limit rahunan= 25,000 atau 50,000
Limit hayat = 75,000 atau 150,000
Maksima umur samapi 70 sahaja.
Jika kita kaji mengenai limit kad peubatan ini, maka amat jelas menunjukan bahawa ia sememangnya tidak lagi mencukupi untuk menampung setengah kos rawatan untuk sesuatu penyakit tertentu. Untuk makluman anda, saya ada pengalaman membuat tuntutan kos rawatan hospital sebanyak RM 104,856 seperti yang ditunjukan oleh Gunranteed Letter berikut.

Jika kita bandingkan limit kad perubatan tahunan RM 25,000 atau 50,000, maka amat jelas ia memang tidak mampu untuk menampung kos rawatan sebanyak RM 104,856.
Cuba bayangkan bagaimana seseorang itu mampu untuk membayar bil rawatan yang selebihnya dan seseorang itu juga terpaksa mengalami masalah kewangan yang amat serius walaupun mereka mempunyai kad perubatan. Keadaan ini berlaku akibat isu inflasi dalam sektor perubatan yang semakin hari semakin meningkat.
Tambahan lagi, ramai yang juga salah anggap bahawa mereka tidak sepatutnya mempunyai 2 kad perubatan. Ini memang satu anggapan yang amat SALAH. Saya boleh buat penjelasan mengenai anggapan yang salah ini. Contoh:
Mr A mempunyai 2 kad perubatan
kad perubatan 1 , limit tahunan=25,000 , tahun masuk 1998
kad perubatan 2, limit tahunan = 90,000, tahun masuk 2002
Mr A masuk wad akibat kemalangan dan bil rawatan ialah RM50,000, jadi kad perubatan 1 tidak cukup untuk menanggung sepenuh bil rawatan dan masih kekurangan RM25,000. Mr A boleh membuat tuntutan RM25,000 itu dari kad perubatan 2.
Sekiranya Mr A tidak mempunyai kad perubatan 2, maka masalah kewanagn akan wujud sekali lagi. Ini menunjukan bahawa mempunyai 2 atau lebih kad perubatan memang bukannya satu tindakan yang SALAH. Sebaliknya ia adalah satu tindakan yang BIJAK selagi seseorang itu mampu. Dari pengalaman saya, ramai yang tidak menambah limit kad perubatan kerana mereka merasai ia tidak perlu dan membazir.
Saya berharap dengan penjelasan saya, anda sekalian boleh memahami kepentingan menambah had limit kad perubatan anda dari semasa ke semasa mengikut kemampuan anda. Ingat! inflasi akan berlaku beterusan dan bil rawatan hospital akan terus meningkat.