Wednesday, 17 September 2014

Bolehkah saya mati berhutang jika saya seorang muslim?

Berhubung dengan soalan diatas, pernahkah anda tefikir apakah akibatnya jika seseorang muslim mati berhutang? Adakah hutang wajib dibayar tidak kira apa saja yang berlaku kepada diri anda?

Cuba kita tinjau sekali lagi tentang keadaan di negara kita terutama golongan graduan. Seperti yang kita semua sedia maklum, lebih daripada 95% graduan yang memasuki institusi pengajian tinggi adalah melalui pinjaman PTPTN. Ini juga bermaksud bahawa graduan akan tamat pengajian dengan hutang yang banyak. 
Pada pandangan anda, berapakah hutang PTPTN yang dimiliki oleh seorang graduan? 

Bagi yang belajar sampai ijazah, hutang PTPTN mungkin mencecah RM50,000. Bagaimana dengan mereka yang belajar sampai Master atau PHD? Jika anda mempunyai hutang ini, adakah hutang ini wajib dijelaskan tidak kira apa sahaja yang berlaku kepada diri anda?

Selepas mula bekerja, graduan pula menambah hutang mereka dengan mengambil pinjaman kereta untuk membeli kereta. Akibatnya, hutang PTPTN dan hutang pinjaman kereta boleh mencecah RM100,000.
Cuba kita kaji keadaan berikut:

Hutang PTPTN    = RM50,000
Hutang kereta      = RM50,000
Jumlah                 = RM100,000

Jika anda seorang graduan dengan hutang begini, pernahkan anda fikir apa akan terjadi kepada hutang anda sekiranya sesuatu musibah seperti KEMATIAN atau KECACATAN KEKAL berlaku kepada anda?
Tanpa sebarang perancangan yang teliti, kesan yang anda akan tinggalkan kepada keluarga atau ibubapa anda adalah amat serius sekali. 

Anda akan tinggalkan :

1) Hutang yang banyak yang harus dijelaskan oleh ibubapa anda yang mungkin sudah bersara. Bukankah itu satu beban yang amat berat untuk ibubapa anda? Sebagai seorang yang bertanggungjawap, mahukan anda keadaan ini berlaku kepada keluarga anda.

2) Anda akan tergolong dalam kategori orang yang mati berhutang. Jika anda seorang MUSLIM, mati berhutang bermaksud bahawa ROH anda akan tergantung diantara BUMI dan LANGIT. Bukan ini satu perkara yang semestinya anda elakan?



Walau bagaimanpun, ramai graduan yang mempunyai hutang yang begitu banyak tidak langsung mengambil berat tentang perkara ini. Mereka percaya bahawa tiada apa-apa yang berlaku kepada diri mereka. Anda harus ingat bahawa:

KEMATIAN adalah dibawah kuasa TUHAN, dan malaikat maut boleh menjemput bila-bila masa sahaja.

Buatlah perancangan serta-merta dengan menubuhkan tabung perlindungan hutang melalui POLISI TAKAFUL. Jalankan kewajipan anda sebagai seorang anak dan seorang muslim.


Sekian terima kasih.